Skip to main content

Maklumat Am

MATLAMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN
 
Pendidikan prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
 
 
SEJARAH PRASEKOLAH
 
Prasekolah 1 SKSW adalah merupakan sebuah prasekolah perluasan 2004. Prasekolah 2 pula adalah prasekolah perluasan 2008. Ia adalah  prasekolah yang telah dipilih oleh kementerian pendidikan di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Bangunan baru telah dibina sebagai kelas prasekolah lengkap dengan keperluan asas. Kelas prasekolah ini dapat menampung bilangan pelajar seramai 25 orang setiap kelas. Pada tahun 2010 Prasekolah 1 dikenali juga sebagai Prasekolah Iltizam manakala Prasekolah 2 pula Prasekolah Intelek. Pada tahun 2012 pula, Prasekolah Integrasi dimulakan bagi masalah pembelajaran. Prasekolah  Ilham adalah kelas prasekolah perluasan tanpa kos dan dibuka pada tahun 2017.
 
PIAGAM PELANGGAN
 
Mewujudkan iklim Prasekolah yang inovatif dan efektif dengan menyediakan :
  1. Pengurusan yang cekap
  2. Penyeliaan yang berterusan
  3. Penjagaan yang rapi
  4. Pengajaran dan proses pembelajaran yang kondusif
  5. Suasana yang ceria
  6. Pemakanan yang seimbang
  7. Mewujudkan budaya penyayang
 
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN
 
a. Prasekolah di Aliran Perdana
  1. Menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut:
  2. Menggunakan Bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan
  3. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama
  4. Islam
  5. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
  6. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia
  7. Menyayangi dan menghargai alam sekitar
  8. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri
  9. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga
  10. keselamatan diri.
  11. Mengembangkan daya kreatif dan estetika; dan
  12. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
 
b. Prasekolah Pendidikan Khas
  1. Menyediakan peluang pendidikan yang sesuai dan relevan dengan kebolehan Murid berkeperluan Khas agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti.
  2. Membangunkan perkembangan kognitif dan kemahiran bersosial serta mengurangkan masalah tingkah laku yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak bekeperluan khas.
  3. Meningkatkan perkembangan fizikal, bahasa dan memahirkan pertuturan, psikologi dan kemahiran urus diri.
  4. Mewujudkan sifat ingin tahu, berinisiatif dan berdisiplin.
  5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  6. Menyediakan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memberikan pengalaman persekolahan yang akan dilalui.
 WhatsApp Image 2021 06 09 at 8.26.02 PM   WhatsApp Image 2021 06 09 at 8.26.36 PM
 
WhatsApp Image 2021 06 09 at 8.33.48 PM    PRA
 
 
  • Hits: 548
© Hak cipta terpelihara Sekolah Kebangsaan Sri Wangi.
18300 Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800