Hal Ehwal Murid
Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid
Pengerusi
|
Wan Azli bin Wan Yusoff |
Guru Besar
|
T/Pengerusi
|
Nik Afifi bin Nik Daud
|
GPK Hal Ehwal Murid
|
N/Pengerusi I
|
Mala Azian binti Hashim
|
GPK Pentadbiran
|
N/Pengerusi II
|
Mohd Shafiq bin Che Noh
|
GPK Ko-Kurikulum
|
N/Pengerusi III
|
Norazami binti Ibrahim
|
GPK Pendidikan Khas
|
Setiausaha
|
Ros Diana binti Yunoh
|
SU Induk HEM
|
AJK
|
Mohd Isham Hazammy bin Awang
|
S/U Disiplin
|
Zainoorina binti Zainal Abidin
|
SU Pengawas
|
|
Zuraini binti Yaccob
|
SU Bimbingan & Kaunseling
|
|
Norriza binti Mat Daud
|
SU Biasiswa /Kebajikan Murid
|
|
Mazidah binti Mohamed
|
SU RMTS
|
|
Siti Fatimah binti Abdullah
|
SU Kantin
|
|
Yusmawati binti Aris
|
SU SPBT/BOSS
|
|
Nor Madiha binti Ab Rahman
|
SU Pendaftaran / Pertukaran Murid
|
|
Tuan Kamaruzaman bin Tuan Junoh
|
SU Pencegahan Jenayah
|
|
Haryati binti Hassan
|
SU PPDa & I’M Free
|
|
Saiidah binti Abdullah
|
SU KWAPM/Bantuan
|
|
Norhasfiza binti Zainal
|
SU SUSU SEKOLAH
|
|
Irwani Hazlina binti Mohd Nawi
|
SU 3K
|
|
Siti Mariam binti Che Soh
|
SU Data Murid/APDM
|
|
Rosmawati binti Hanapi
|
SU Hem PPKI
|
Bidang Tugas:
- Menentukan dasar-dasar disiplin sekolah.
- Memutus / menjatuhi hukuman yang berkaitan dengan hukuman gantung / buang sekolah terhadap pelajar yang melakukan salah laku disiplin.
- Menyelaras kerja-kerja Unit HEM
Jawatankuasa Disiplin & Pengawas
- Membantu pentadbir sekolah menggubal peraturan/undang-undang sekolah.
- Mengambil tindakan ke atas pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
- Menjaga ketenteraman sekolah daripada ancaman dari dalam dan luar sekolah.
- Menjadi penghubung di antara pihak sekolah dengan institusi luar seperti pihak polis dan jabatan kesihatan, unit dadah dan masyarakat.
- Memilih dan melantik pengawas.
- Membantu guru/pihak sekolah menguatkuasakan undang-undang sekolah.
- Memastikan pengawas menjalankan tugas dengan sempurna & berkelakuan baik.
- Mengatur jadual tugas pengawas
- Di perhimpunan
- Di kelas
- Di kantin
- Semasa guru bermesyuarat
- Di pintu pagar
- Mengadakan mesyuarat/perjumpaan bulanan untuk pengawas
- Mengadakan pakaian seragam untuk pengawas
- Membuat pemeriksaan /pemantaun berterusan.
Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling
- Membantu murid-murid dan kakitangan yang menghadapi tekanan perasaan.
- Mengendalikan murid yang terlibat dengan kes pelanggaran disiplin.
- Memberi bimbingan pelajaran kepada murid mengenai kemahiran belajar dan peluang melanjutkan pelajaran.
- Memberi maklumat kerjaya
- Menguruskan Sijil Penghargaan, Surat Akuan dan Sijil Tamat Sekolah.
- Merancang dan menyelaraskan perlaksanaan bimbingan dan kaunseling
- Menyediakan laporan dan rekod bimbingan & kaunseling.
- Melaksanakan program untuk membimbing murid-murid dalam menentukan kerjaya di masa hadapan.
- Merancang dan melaksanakan program kebajikan/orientasi murid-murid baru.
- Membantu menyediakan serta mengemaskinikan data yang berkaitan dengan murid seperti SMM, yatim piatu, miskin serta yang berkiatan (KWAMP).
Jawatankuasa Biasiswa & Kebajikan Murid
- Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan Sekolah.
- Mengenalpasti murid-murid yang benar-benar layak untuk menerima bantuan.
- Menyediakan, mengedar, mengumpul borang permohonan dan membuat keputusan melalui mesyuarat.
- Mengeluarkan bantuan bentuk wang, pakaian, peralatan, makanan & lain-lain.
- Mengurus semua derma dari dalam dan luar dari masa ke semasa.
- Menyimpan rekod dan data pelajar yang berkaitan.
- Menyusun dan mengurus aktiviti kesihatan sekolah
- Mengurus bilik kesihatan sekolah dari segi prasarana & kegunaan pelajar.
- Menyelaras dan membantu pihak kesihatan yang datang ke sekolah untuk program kesihatan pelajar.
- Mengambil tindakan yang perlu membantu pelajar sakit /sebarang kecemasan.
Jawatankuasa RMTS / Susu Sekolah
- Menyelaras borang permohonan.
- Mengedarkan borang permohonan kepada semua murid melalui guru kelas.
- Memungut borang yang telah dipenuhkan oleh penjaga murid.
- Memproses borang permohonan dan membuat pilihan serta menentukan murid yang layak menerima bantuan RMT dan Program Susu Sekolah.
- Menyediakan senarai murid yang layak berdasarkan borang permohonan dan menghantarnya ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk kelulusan.
- Menyediakan menu makanan berdasarkan menu cadangan dari JPN dan menentukan penyedia RMT mematuhi menu yang disediakan.
- Menyediakan jadual guru bertugas mengawasi murid semasa makan pagi.
- Menerima tuntutan dari penyedia makanan dan menyerahkannya kepada pejabat sekolah untuk dibuat bayaran.
- Menyediakan murid ganti
- Membuat laporan mengenai menu dan mutu makanan dalam buku/fail yang dikhaskan setiap hari.
- Menerima & menyemak bekalan susu yang dihantar oleh pihak Kementerian Pelajaran (pembekal) dari masa ke semasa.
- Mengagihkan bekalan susu kepada murid-murid yang menerima RMTS.
- Mempastikan susu yang dibekalkan mencukupi dengan bilangan murid berhak.
- Memastikan bil difailkan untuk semakan pihak sekolah dan jabatan pelajaran
Jawatankuasa Kantin
- Menyampaikan maklumbalas dan nasihat dari pihak sekolah, pelajar, guru dan ibubapa kepada pengusaha kantin dari segi penggunaan.
- Menyelia bangunan kantin dari segi kebersihan, keindahan, keselesaan dan keselamatan.
- Membantu Guru Besar dalam usaha-usaha perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan perjalanan kantin.
- Membantu Guru Besar dalam urusan harian kantin;
- Menyelia kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan, tong sampah, kerusi meja dan dari segi kebersihan dan keselamatan.
- Mempastikan semua perkakas untuk menyediakan, menyimpan dan menghidangkan makanan tidak berkarat, retak, serpih, kotor dan berfungsi.
- Mempastikan semua kakitangan kantin yang diakui sihat oleh Jabatan Kesihatan sahaja dibenarkan bekerja di kantin.
- Mengawasi kakitangan kantin supaya menjaga kebersihan diri mereka dan mengelakkan dari amalan-amalan yang boleh menyebabkan kekotoran atau pemcemaran bahan-bahan makanan dan minuman.
- Mempastikan makanan yang dijual di kantin bersih, bermutu, berzat, harga berpatutan dan selamat untuk dimakan.
- Mengawasi supaya semua makanan yang dijual kepada pelajar sekolah seboleh-bolehnya disediakan di kantin sekolah.
- Mengawasi supaya pengusaha kantin mempastikan binatang-binatang peliharaan seperti kucing ayam, kambing, burung dan lain-lain tidak berada di kawasan kantin sepanjang masa.
- Menjalankan kegiatan-kegiatan pendidikan, kempen dan lain-lain berkaitan dengan kantin sekolah.
- Mengambil tindakan segera terhadap segala masalah yang timbul dengan kerjasama guru bertugas
- Membuat penilaian keadaan kantin sekolah pada setiap hari dalam borang khas.
Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks / BOSS
- Menguruskan urusan yang berkaitan dengan SPBT seperti:
- Mengedar borang SPBT kepada semua pelajar melalui guru kelas.
- Menyemak borang SPBT bagi mempastikan ianya diisi dengan betul.
- Mengasingkan borang SPBT pelajar layak/tidak layak menerima pinjaman.
- Membuat penyiasatan jika maklumat yang diberikan diragui.
- Menyerahkan borang SPBT 1 kepada Jawatankuasa Buku Teks untuk pengesahan.
- Mengedar borang SPBT 1A kepada pelajar yang berkenaan.
- Menyediakan draf nama buku teks yang akan digunakan pada tahun akan datang bagi setiap tahun/darjah dengan menggunakan borang SPBT 2/4R.
- Memindahkan maklumat dalam borang SPBT 3/5.
- Menghantar salinan borang SPBT 2/4R, borang SPBT kepada JPN dan salinan ketiga untuk fail
- Jika berlaku pertambahan pelajar secara mendadak terpaksa membuat pesanan tambahan buku teks.
- Menerima dan menyemak buku-buku daripada pembekal:
- Mempastikan bilangannya mencukupi sebagaimana dalam borang penyerahan.
- Menyemak keadaan fizikal dan mutu buku seperti mutu kertas, kesalahan cetak, binding dll.
- Menyemak borang komputer bagi mempastikan buku-buku yang diterima sama seperti yang dipesan.
- Memasukkan ke dalam buku stok.
- Menyerahkan invoice kepada Guru Besar untuk ditandatangani kemudian dihantar satu salinan ke JPN.
- Mengecop dan menanda Nombor Kad dan bilangan siri semua buku.
- Membahagikan buku-buku teks kepada pelajar melalui guru kelas.
- Pastikan guru kelas mengisikan borang G dan satu salinan hendaklah dipungut untuk simpanan sekolah.
- Mengawasi dan menjaga keselamatan buku seperti membuat pemeriksaan mengejut, menyelenggara penyimpanan dengan sempurna dan menjaga serta mengemaskinikan bilik SPBT.
- Menyediakan senarai buku teks bagi semua kelas yang akan digunakan oleh sekolah dan diedarkan kepada pelajar pada setiap akhir tahun dan satu salinan kepada JPN.
- Menjaga buku stok, borang-borang dan fail supaya berada dalam keadaan kemaskini dan selamat.
- Mengurus pengagihan buku teks ke sekolah lain mengikut arahan BBT/JPN dan menyediakan borang untuk ditandatangani oleh sekolah penerima.
- Memungut kembali buku-buku teks di akhir tahun:
- Menentukan tarikh pemulangan.
- Menyerahkan borang G kepada guru untuk ditandatangani oleh pelajar yang memulangkan buku.
- Mengira buku-buku yang dipulangkan dan pastikan ianya cukup.
- Menyimpan buku mengikut siri.
- Sebarang kehilangan/kerosakan pastikan ianya diganti sama ada dengan buku atau wang.
- Menyenaraikan nama pelajar yang tidak mengembalikan buku berdasarkan borang G.
- Menyediakan surat untuk ibubapa/penjaga bagi pelajar-pelajar yang gagal memulangkan buku.
- Menyerahkan senarai nama pelajar yang tidak mengembalikan buku teks kepada Guru untuk tindakan lanjut seperti menahan keputusan peperiksaan atau menahan kemudahan pinjaman
- Membaiki buku-buku yang rosak seperti membuat kulit baru, binding dan menampal muka surat yang rosak.
- Menilai buku teks dengan memilih jenis-jenis buku yang diperakukan oleh BBT dan mengesyorkan judul-judul buku yang perlu diberi untuk rujukan di perpustakaan melalui ketua panatia dan mencadangkan buku-buku yang perlu ditukar mengikut syarat-syarat BBT JPN.
- Menyempurnakan proses untuk menghapuskira buku teks:
- Mengira jumlah buku yang terlibat.
- Mendapat persetujuan daripada jawatankuasa.
- Mengisi borang hapuskira untuk tindakan lanjut dengan JPN dan BBT.
- Memahami dan meneliti semua pekeliling dan arahan-arahan berkaitan dengan SPBT untuk tindakan seterusnya.
- Lain-lain tugas seperti yang terkandung dalam Buku Panduan Pengurusan SPBT
Jawatankuasa Pendaftaran & Pertukaran Murid
- Memastikan pelajar didaftar pada tarikh, masa, tempat dan jumlah yuran yang telah ditetapkan.
- Menyimpan rekod inventori jumlah pelajar.
- Menyimpan maklumat pelajar dalam bentuk yang tersusun dan sistematik.
- Memastikan semua pelajar mempunyai nombor daftar masuk sekolah yang didaftar- kan dalam Buku Pendaftaran Agung.
- Menentukan menerima kad kemajuan dan kad 001 dari sekolah yang terdahulu jika pelajar baru.
- Bekerjasama dengan pengurus tingkatan untuk memastikan maklumat pelajar dimasukkan dalam jadual kedatangan.
- Mencatat rumah sukan/ unit beruniform pelajar lama & baru dari SU sukan.
- Menentukan borang SPBT, kad kemajuan pelajar dan kad 001 dihantar ke pejabat (pelajar keluar).
- Mengemaskini data pelajar bulanan untuk mendapat jumlah pelajar sebenar pada bila-bila masa dapat memberi data pelajar dengan cepat & tepat.
Jawatankuasa Pencegahan Jenayah
- Menyelaras, merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti Pencegahan Jenayah di peringkat sekolah.
- Mengawalselia perkembangan masalah jenayah di sekolah dengan mengumpul data dan segala maklumat terkini.
- Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah termasuk guru dan pelajar.
- Menyebarkan maklumat Pencegahan jenayah kepada semua warga sekolah termasuklah mengedar buku-buku, risalah, CD dan lain-lain bahan elektronik.
- Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang terlibat dengan jenayah kecil.
- Menjalankan tugas yang diarah oleh Guru Besar dan PK HEM dari semasa ke semasa.
Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah & I’M Free
- Menyelaras, merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti pendidikan
- pencegahan dadah di peringkat sekolah.
- Mengawalselia perkembangan masalah dadah semasa di sekolah dengan mengumpul data dan segala maklumat terkini dalam semua aspek tentang Pendidikan Pencegahan Dadah.
- Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah termasuk guru dan pelajar
- Menganjurkan kursus/seminar/bengkel dan lain-lain program/aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah untuk pelajar, guru, kakitangan & ibu bapa (PIBG)
- Mengesan dan menangani masalah dadah di kalangan warga sekolah.
- Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang terlibat dengan dadah.
- Bekerjasama erat dengan PPD, JPN, KPM dan agensi-agensi lain untuk menangani masalah dadah di sekolah.
- Menjalankan tugas yang diarah oleh pengetua dari semasa ke semasa.
Jawatankuasa KWAPM/ Bantuan Kewangan Murid
- Mengedar borang permohonan kepada semua murid yang layak untuk diproses.
- Menyenaraikan nama murid terlibat mengikut kelas dan mendapatkan no akaun bank untuk dimasukkan wang bila diterima peruntukan.
- Mengenalpasti murid yang layak untuk bantuan e-kasih.
- Mengenalpasti murid cicir selepas bantuan diagihkan dan menguruskan permohonan susulan.
Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan (3K)
- Merancang program berkonsepkan kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
- Bekerjasama dengan kontraktor kebersihan dan keselamatan sekolah bagi mengendalikan sesuatu program yang dijalankan
- Melaporkan sebarang masalah yang timbul untuk dibawa ke pihak PPD.
Jawatankuasa Data Murid / APDM
- Mengedarkan borang APDM semasa hari pendaftaran
- Mengemaskini dan mengasingkan borang APDM mengikut kelas
- Memasukan data APDM mengikut kelas dengan bantuan guru kelas
- Mengemaskini data APDM dari masa ke semasa
- Memadamkan data pelajar yang bertukar
- Memasukkan data pelajar baru yg bertukar ke sekolah ini
- Memastikan bilangan pelajar sama seperti dalam Buku Rekod kedatangan Murid
- Hits: 1520