Pendidikan Khas
1. JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN & PENTADBIRAN PPKI
Pengerusi
|
Wan Azli bin Wan Yusoff
|
Guru Besar
|
T/Pengerusi
|
Norazami binti Ibrahim
|
GPK Pendidikan Khas
|
N/Pengerusi I
|
Mala Azian binti Hashim
|
GPK Pentadbiran
|
N/Pengerusi II
|
Nik Afifi bin Nik Daud
|
GPK Hal Ehwal Murid
|
N/Pengerusi III
|
Mohd Shafiq bin Che Noh
|
GPK Ko-Kurikulum
|
Setiausaha
|
Maznita binti Din
|
SU PPKI
|
AJK
|
Zaisuzila binti A Rahman
|
SU Kurikulum
|
Rosmawati binti Hanapi
|
SU HEM
|
|
Nik Mashalizu bin Nik Mohamad
|
SU Kokurikulum
|
|
Yusri bin Abdul Rahman
|
PT Kewangan
|
- Badan tertinggi yang menentukan dasar pengurusan PPKI, Kurikulum, Ko-kurikulum, sahsiah pelajar selaras dengan matlamat FPN.
- Bertanggungjawab menentukan pembahagian tugas guru.
- Menganggotai Jawatankuasa Perancang Sekolah.
Jawatankuasa Perancang PPKI
Sebagai badan tertinggi sekolah, berperanan sebagai tempat rujukan.
- Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan, dewan, bilik rehat, serta kawasan sekolah (Zon).
- Merancang pembangunan strategi rohani dan sahsiah.
- Sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu masalah yang timbul daripada perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum, sahsiah dll.
- Menyelaras perlaksanaansegala program yang dirancang.
- Memantau pelaksanaan segala program yang dirancang mengikut jadual.
- Bertindak sebagai jawatankuasa penilai pencapaian akademik peperiksaan PASR dan peperiksaan yang berkaitan.
- Merancang pengurusan sekolah; Merancang dan menyediakan takwim PPKI.
- Menyusun dan mengagih tugas-tugas guru
- Mengawas pengajaran guru
- Mengawal tatatertib guru, kakitangan dan pelajar
Jawatankuasa Data & Maklumat
- Mengurus hal-hal berkaitan dengan data sekolah dan data Program Kementerian/ JPN/PPD dari masa kesemasa secara ‘Offline’ atau ‘Online’
- Mengedar dan memungut borang-borang data
- Menyediakan statistik pelajar akhir bulan bersama guru pendaftaran.
- Mengisi dan melengkapkan sebarang data yang diarahkan oleh PPD, JPN & KPM dengan kerjasama bahagian masing-masing.
- Menghadiri taklimat-taklimat yang diadakan dari masa ke semasa dan sentiasa peka dengan tarikh data yang perlu dikemaskini atau dihantar.
Jawatankuasa Siaraya & Komunikasi
- Menyediakan carta organisasi dan jadual agihan tugas AJK.
- Mendokumentasikan segala program/aktiviti yang dilaksanakan.
- Menyimpan bahan dokementasi dalam bentuk gambar/CD di PSS / bilik khas.
- Mempamerkan gambar kaku atau menyediakan video/powerpoint untuk kegunaan bila diperlukan.
Jawatankuasa Program Transisi & Guru Penyayang
- Mengadakan mesyuarat awal bagi menyiapkan buku program.
- Menyediakan perkara berkaitan program tiga mingu pertama setiap awal tahun.
- Mengenalpasti kaedah bagi murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
- Menyelaras keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan PdP secara formal di Tahun 1.
- Meningkatkan minat & semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa masalah.
Jawatankuasa Perhimpunan
- Merancang & mengurus data dengan tepat mengikut masa yang ditetapkan.
- Memastikan maklumat & data adalah tepat, terkini dan berinformasi untuk disampaikan semasa perhimpunan.
- Memastikan perhimpunan yang diadakan, dilaksanakan sebaik mungkin.
Jawatankuasa Sambutan & Perayaan
- Mempastikan tarikh sambutan dimasukkan dalam takwim sekolah.
- Melantik jawatankuasa kerja dan merancang program yang akan dilaksanakan.
- Membuat perancangan dan belanjawan bagi pelaksanaan program dengan merujuk program tahun lepas.
- Mesyuarat serta merta apabila diminta oleh guru besar
- Menyediakan menu jamuan dengan persetujuan guru besar
- Membuat anggaran perbelanjaan dan berbincang dengan pengetua tentang sumber kewangan yang akan digunakan.
Jawatankuasa Aset & Failing
- Merekod dan mengemaskini Daftar Harta Modal dan Inventori
- Merekod Kehilangan & hapuskira serta membuat pelupusan.
- Membuat permohonan perabot dan peralatan
- Melantik pegawai aset setiap 2 tahun sekali.
- Menyemak dan mencatat barang-barang yang ada dalam stok pada awal tahun, akhir penggal dan akhir tahun
Jawatankuasa Bilik Guru & Mesyuarat
- Mempastikan kebersihan, keceriaan dan susunatur bilik guru sentiasa dalam keadaan memuaskan.
- Memastikan semua guru selesa dan sentiasa berada dalam bilik guru setiap kali selepas mengajar (free period)
Jawatankuasa Sekolah Selamat
- Mempastikan semua bangunan, pendawaian, sekolah dalam keadaan persekitaran sekolah adalah selamat.
- Bertanggungjawab menyelia segala pembaikian.
- Bekerjasama dengan pekerja sekolah bagi menentukan keselamatan bangunan dan mengesyorkan langkah baik pulih.
- Mempastikan kawasan sekitar dan pandangan hadapan terpelihara.
- Hiasan pintu masuk dan suasana susunatur pokok terpelihara.
- Bekerjasama dengan pekerja sekolah bagi menentukan kawasan hadapan sentiasa bersih, indah dan menarik.
- Mempastikan kawasan sekitar dan pandangan hadapan sentiasa bersih.
- Bekerjasama dengan pekerja sekolah bagi menentukan kawasan sentiasa bersih
- Kebersihan tandas, bilik khas, kelas& sistem pelupusan sampah terkawal.
2. JAWATANKUASA KURIKULUM
Jawatankuasa Induk Kurikulum
- Bertanggungjawab meningkatkan taraf PdP di PPKI:Berusaha mencapai objektif dan matlamat akademik sekolah.
- Merancang strategi PdP dan penilaian tentang prestasi pembelajaran.
- Menyelaras penilaian: bulanan/penggal/latihan/akhir tahun.
- Berusaha memperbanyakkan bahan sumber pendidikan.
- Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun akademik.
- Menyelaras semua kegiatan penatia/mata pelajaran.
- Merancang, mengelola dan menilai strategi pembangunan akademik.
- Mempastikan strategi PPKI dilaksanakan dan diubahsuai jika perlu.
- Menyemak kerja pelajar dari masa ke semasa.
- Mengadakan taklimat/penerangan kepada guru berkenaan akademik.
- Dapat memberi taklimat berkenaan akademik sekolah.
- Bertanggungjawab terhadap Bilik Guru PPKI.
Jawatankuasa Pusat Sumber
- Merancang dan menyediakan peraturan-peraturan perpustakaan dan memastikan ianya difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
- Melantik pustakawan-pustakawan dan mengatur jadual bertugas.
- Membuat anggaran perbelanjaan dengan menyediakan senarai buku-buku yang dibekalkan dan dibeli mengikut keutamaan.
- Membuat pesanan buku dan peralatan perpustakaan melalui Guru Besar dan memeriksa buku yang dibekalkan oleh pembekal dari segi kualiti & kuantiti.
- Mengemaskini stok perpustakaan &memproses buku baru.
- Melatih pustakawan dari masa ke semasa.
- Membuat jadual waktu penggunaan untuk kelas-kelas.
- Menyediakan rekod penggunaan perpustakaan oleh pelajar.
- Menyediakan rekod pinjaman oleh pelajar dan guru.
- Memberi khidmat nasihat kepada pelajar dan pengguna perpustakaan yang efektif, menarik minat pelajar serta mengadakan pertandingan penggunaan perpustakaan, kuiz, perbincangan, ceramah, seminar, pameran dan lain-lain.
- Mengadakan khidmat membaiki bukurosak dan menjilid majalah.
- Mengawasi keselamatan dan kebersihan perpustakaan.
Jawatankuasa Penilaian & Peperiksaan
- Mengetuai Unit Peperiksaan Dan Penilaian PPKI.
- Menjadi penyelaras kepada peperiksaan yang berkenaan.
- Menentukan perjalanan dan tugas unit ini bergerak mengikut jadual.
- Mengumpul bahan atau statistik yang perlu untuk bilik gerakan.
- Menjadi AJK Perancangan Sekolah.
- Membuat giliran guru bertugas semasa peperiksaan berjalan.
- Merancang dan menyediakan jadual bertindak bagi ujian bulanan.
- Menyediakan borang maklumat berkaitan dengan peperiksaan.
Bidang Tugas Pengurusan Peperiksaan Dalaman
- Menyediakan jadual peperiksaan dan pemarkahan
- Menyediakan guru penyedia soalan (seperti yang ditetapkan dalam mesyuarat Panitia) dan memastikan soalan “standard” dan mengikut format PBS/KSSR.
- Memastikan guru mata pelajaran memeriksa skrip jawapan mengikuti skema.
- Menyiapkan analisis peperiksaan dan menyerahkan keputusan kepada SUP.
- Membuat laporan kepada Guru Besar & Penolong Kanan tentang perjalanan peperiksaan (mutu pengawasan, kehadiran guru, kehadiran murid jika perlu).
Jawatankuasa Pengurusan Jadual Waktu
- Menyediakan jadual waktu agong.
- Menyediakan jadual waktu ganti bagi guru-guru yang tidak hadir.
- Melaporkan kepada guru besar/PK Khas sekiranya ada guru yang tidak mematuhi jadual waktu yang disediakan.
- Menyediakan jadual waktu kelas dan persendirian.
- Mempastikan setiap kelas mempamerkan jadual waktu kelas masing-masing dengan sempurna.
- Menyiapkan jadual waktu agong kelas /persendirian untuk PPKI.
- Menyediakan borang jadual waktu.
- Menjadi perantara di antara guru dengan PK Khas berhubung dengan masalah yang dihadapi mengenai jadual waktu dari masa ke semasa
Jawatankuasa Panitia Wajib
Fungsi dan Peranan Panitia Mata Pelajaran:
- Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini
- Menyedia dan menyelaras rancangan pelajaran
- Memilih dan mencadang buku teks / buku kerja kepada pihak JKS
- Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan PdP dan pusat sumber sekolah
- Mengadakan mesyuarat panitia matapelajaran
- Merancang dan melaksana program peningkatan prestasi pelajar
- Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid
- Menyediadanmemperolehalat bantu mengajar
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran yang berkaitan dengan proses P&P
- Merancang program khasmuridbermasalah 3M
- Menyedia dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi
- Memastikan bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk P&P
- Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum
- Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan
- Mengurus dan menyemak buku stok
- Memastikan fail-fail panitia berada dalam keadaan kemaskini
Jawatankuasa Pemantauan PDPC
- Memantau pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas.
- Melaporkan hasil pemantauan dengan dokumen e-Cakna dan Borang SKPM (Penarafan Kendiri)
- Hits: 2399