Skip to main content

Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan (KKGK)

 

 

Logo Kelab Guru

Matlamat

Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi  ini lebih kondusif dan produktif.

 Tujuan Penubuhan

  1. Mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan kakitangan dengan syarat tiada 'faedah' atau bermotifkan keuntungan.
  2. Membolehkan guru-guru dan kakitangan berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.
  3. Membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.

Fungsi kelab guru dan kakitangan adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai  tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara seperti :

  1. Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan kakitangan serta menjaga kebajikan mereka
  2. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan sosial antara guru-guru dan kakitangan serta sekolah.

Keahlian

Terbuka kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Sri Wangi. Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik. Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan. Jawatankuasa ini dilantik oleh ahli setiap mesyuarat agung tahunan setiap tahun.

Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan hendaklah terdiri daripada Guru atau Kakitangan yang masih lagi berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi. Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan.

Perlantikan jawatankuasa yang baru hendaklah diadakan setiap tahun dan diadakan secara undian. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat. Ahli Jawatankuasa yang ingin meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada pengerusi. 

Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri :-

  1. Pengerusi
  2. Naib Pengerusi
  3. Setiausaha
  4. Bendahari
  5. Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh mesyuarat agung tahunan pada tahun berikutnya.

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa

Fungsi Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan ialah untuk mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.

Pengerusi

  1. Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa  dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan semua mesyuarat
  2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
  3. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhimat.
  4. Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
  5. Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa- apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab.
  6. Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi.
  7. Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.

Naib Pengerusi

  1. Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi Pengerusi.
  2. Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi

Setiausaha

  1. Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.
  2. Mencatat, menyelia  dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan.
  3. Menyediakan laporan-laporan untuk di bentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
  4. Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.

Naib Setiusaha

  1. Membantu setiausaha dalam menjalan segala tugas-tugas dan fungsi setiausaha.
  2. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

Bendahari

  1. Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa ke semasa.
  2. Mengurus perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KKGK.
  3. Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbagan daripada mana-mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan .
  4. Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun kelab.
  5. Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada mesyuarat agung serta laporan-laporan yang berkaitan.
Manfaat 
  1. Sumbangan ahli bersara – Sumbangan untuk ahli bersara adalah berupa hadiah bernilai RM150.
  2. Sumbangan kematian – Kematian ahli RM100, manakala kematian saudara terdekat (ibu bapa kandung, suami/isteri dan anak kandung ahli) RM50.
  3. Sumbangan perpindahan – Sumbangan perpindahan ahli sebanyak RM50 dengan syarat ahli berkhidmat minima 6 bulan dan RM100 bagi ahli yang berkhidmat 6 tahun ke atas di sekolah ini.
  4. Sumbangan ahli bersalin – Ahli yang bersalin anak pertama di SKeSWa akan mendapat hadiah sumbangan RM50.
  5. Hadiah hari lahir – Ahli akan menerima sumbangan hari lahir dalam bentuk hadiah yang bernilai RM35 setiap orang. Hadiah akan diberikan setiap bulan.
  6. Sumbangan kemasukan ke hospital – Ahli atau keluarga terdekat (ibu bapa kandung, suami/isteri dan anak kandung ahli) yang sakit akan menerima sumbangan sebanyak RM50 sekali setahun.
  7. Hadiah hari guru – Ahli akan menerima sumbangan hari guru dalam bentuk hadiah yang bernilai RM30.
  8. Hadiah perkahwinan pertama di SKeSWa – Ahli yang akan berkahwin akan menerima sumbangan dalam bentuk hadiah yang bernilai RM50.
 
  • Hits: 10579
© Hak cipta terpelihara Sekolah Kebangsaan Sri Wangi.
18300 Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800