Skip to main content

Sambutan Israk Mikraj Tahun 1442H / 2021M

15 Mac 2021 (Isnin); Sambutan Israk Mikraj peringkat SKeSWa bagi tahun 1442H / 2021 telah diadakan dengan sempurnanya. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam & Panitia Bahasa Arab.

Antara aktiviti yang dijalankan:

- Bacaan Surah Yaasin
- Mewarna - Murid Tahap 1
- Melukis Poster - Murid Tahap 2
- Menjawikan Teks - Guru & Kakitangan SKeSWa

 

Objektif utama penganjuran program ini adalah:

1. Menggalakkan murid-murid untuk menghayati alam ciptaan Allah s.w.t
2. Menghayati perjalanan Rasulullah s.a.w yang berlaku dalam satu malam bersejarah
3. Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan Bulan Rejab
4. Mengetahui dan menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting bagi umat Islam (Solat)
Semua aktiviti yang dijalankan adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan. Semoga penghayatan Sebuah Perjalanan Teragung ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
 
WhatsApp Image 2021 03 15 at 4.21.01 PM         
 
      
 
      
  • Hits: 59
© Hak cipta terpelihara Sekolah Kebangsaan Sri Wangi.
18300 Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800