Program Active Jom Senam KPM-Milo 2020
10 Mac 2020, (Selasa) Program ACTIV JOM SENAM AEROBIK KPM-MILO® kembali lagi ke SKeSWa untuk terus menggalakkan pelajar-pelajar bergerak aktif sambil meningkatkan kecergasan mereka! Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, inisiatif ini adalah untuk menjadikan MILO® sebagai pemacu utama dalam menyokong sukan peringkat akar umbi dan memupuk gaya hidup aktif. Program selama hampir sejam ini dipenuhi dengan acara senamrobik semua pelajar bersama guru untuk memupuk budaya hidup cergas sepanjang masa.
- Hits: 543