Written by Admin on . Posted in Perkhidmatan.

Pentadbiran

 
Jawatankuasa Induk 
 
Pengerusi
Wan Azli bin Wan Yusoff
Guru Besar
T/Pengerusi
Mala Azian binti Hashim
GPK Pentadbiran
N/Pengerusi I
Nik Afifi bin Nik Daud
GPK Hal Ehwal Murid
N/Pengerusi II
Mohd Shafiq bin Che Noh
GPK Ko-Kurikulum
N/Pengerusi III         
Norazami binti Ibrahim
GPK Pendidikan Khas
Setiausaha
Laili Rafidah binti Abu
Ketua Pembantu Tadbir/  Gaji & Emolumen
N/Setiausaha
Yusri bin Abdul Rahman
Kewangan & Audit
AJK
Raja Nur Zurairah binti Raja Hassan
ICT & Rangkaian
Mohd Hafizi bin Che Aziz
Perkhidmatan
Mohamad Syamsul Faris bin Shamsuddin
Surat Menyurat
Wan Abdul Halim bin Wan Junoh
Penyelenggaraan

 

Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 
  1. Sebagai badan tertinggi sekolah, berperanan sebagai tempat rujukan.
  2. Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan, asrama, dewan, bilik rehat, surau serta kawasan sekolah (Zon).
  3. Merancang pembangunan strategik, rohani dan sahsiah.
  4. Sebagai jawatankuasa bertindak keatas sesuatu masalah yang timbul daripada perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum, sahsiah & lain-lain.
  5. Menyelaras perlaksanaan segala program yang dirancang.Memantau pelaksanaan segala program yang dirancang mengikut jadual.
  6. Bertindak sebagai jawatankuasa penilai pencapaian akademik peperiksaan UPSR, Pentaksiran bilik darjah dan peperiksaan yang berkaitan.
  7. Merancang pengurusan sekolah;
  • Merancang takwim dan menyediakan Buku Pengurusan Sekolah.
  • Menyusun dan mengagih tugas-tugas guru
  • Mengawas pengajaran guru
  • Mengawal tatatertib pelajar, guru dan kakitangan
  • Merancang pengurusan ko-kurikulum
 
Jawatankuasa Data & Maklumat Sekolah
 
  1. Mengurus hal-hal berkaitan dengan data sekolah dan data Program Kementerian/ JPN/ PPD dari masa kesemasa secara ‘Offline’ atau ‘Online’
  2. Menyediakan statistik pelajar akhir bulan bersama guru pendaftaran.Mengisi dan melengkapkan sebarang data yang diarahkan oleh PPD, JPN & KPM dengan kerjasama bahagian masing-masing.
  3. Menghadiri taklimat-taklimat yang diadakan dari masa ke semasa dan sentiasa peka dengan tarikh data yang perlu dikemaskini atau dihantar.
 
Jawatankuasa Gaji, Kewangan dan Audit Sekolah 
 
  1. Memahami Surat Pekeliling pengurusan kewangan dan perakaunan.
  2. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada Penolong Kanan, Penyelaras, Guru Kelas dan Pembantu Tadbir.
  3. Mengagihkan buku resit kepada Guru Kelas dan Penyelaras Kelas
  4. Memastikan semua penerima dimasukan ke dalam bank.
  5. Memastikan semua pembelian berdasarkan peraturan kewangan.
  6. Semak & tandatangan Buku Tunai Kerajaan/SUWA/Panjar Wang Runcit.
  7. Menguruskan Perbelanjaan dan agihan mengikut peruntukan.
 
Jawatankuasa Majlis /Sambutan/Perayaan
  1. Mempastikan tarikh sambutan dimasukkan dalam takwim sekolah.
  2. Merancang dan melaksanakan program berteraskan perpaduan/silang budaya
  3. Merancang dan melaksanakan program jaringan/jalinan yang berteraskan perpaduan/silang budaya.
  4. Membuat anggaran perbelanjaan dan berbincang dengan pentadbir tentang sumber kewangan yang akan digunakan.
 
Jawatankuasa Pengurusan Aset
  1. Mengurus aset alih dan aset tak alih dengan:
  2. Menyediakan harta modal dan aset bernilai rendah.
  3. Menggunakan harta modal, aset bernilai rendah dan infrastruktur.
  4. Menyelenggara harta modal dan infrastruktur.
  5. Mengambil tindakan terhadap hasil pemeriksaan harta modal dan aset.
  6. Merekod perolehan, pengunaan dan penyelenggaraan.
 
Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan
  1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program tahunan dan menetapkan yuran dan sumbangan guru.
  2. Bertanggungjawab mengelola majlis Jamuan Akhir Tahun, Hari Guru, Majlis perpisahan guru yang bertukar, bersara dan guru baru.
  3. Bertanggungjawab menjaga kebajikan guru dan memberi sumbangan kepada guru yang ditimpa kemalangan, melangsungkan perkahwinan, mendapat anak baru dan waris staf meninggal.
 
Jawatankuasa Bilik Mesyuarat / Bilik Gerakan
  1. Membuat surat panggilan, kehadiran serta mencatat minit mesyuarat guru.
  2. Mempastikan suasana bilik mesyuarat sentiasa bersedia untuk digunakan.
  3. Mempastikan setiap ruang dalam bilik mesyuarat dijadikan bilik gerakan – menampal dan menguruskan carta-carta berkaitan dengan persekolahan dan pencapaian semasa di papan info Bilik Mesyuarat.
 
Jawatankuasa Kedai PIBK
  1. Melantik jurujual untuk menguruskan kedai sekolah.
  2. Menguruskan pembelian dan penjualan barang-barang.
  3. Mengemaskini akaun kedai dari masa kesemasa.
  4. Memastikan barang-barang dalam keadaan selamat dan sempurna.
  5. Melaporkan penyata kewangan kedai dalam mesyuarat guru dan bila diperlukan.
  6. Membuat perancangan yang teratur dan berkesan untuk memberi kemudahan dan peralatan kepada murid.
  7. Sentiasa menjaga dan mengemaskan kedai sekolah dengan baik.
 
Jawatankuasa KELAS ABAD 21/ KBAT
  1. Merancang/merangka bilik darjah abad 21
  2. Penulisan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan ditulis di papan putih..
  3. Memastikan PDPC dilaksanakan mengikut kriteria kelas abad 21.
 
Jawatankuasa Transformasi Sekolah (TS-25)
  1. Menyampaikan maklumat berkaitan TS25.
  2. Menyediakan fail dan rekod berkaitan TS25 setahun.
  3. Merancang dan mengurus perbelanjaan program TS25.
  4. Mengenal pasti isu dan menyediakan PINTAS dan OPPM.
  5. Memastikan penglibatan warga sekolah dan komuniti dalam program TS25
 
Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia
  1. Menyediakan alat/bahan, bahan cetak /elektronik dan TMK
  2. Menyimpan dan menyusun atur alat/bahan-bahan cetak/elektronik dan TMK.
  3. Menggunakan alat/bahan, bahan cetak/elektronik dan TMK.
  4. Melaksanakan penyeliaan penggunaan alat/ bahan cetak /elektronik dan TMK.
  5. Menyediakan rekod & analisis penggunaan sumber pendidikan (bilik-bilik khas)
 
Jawatankuasa Majalah Sekolah
  1. Mengumpul maklumat, foto, aktiviti dan karya sepanjang tahun untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
  2. Memilih dan mengedit foto, data dan maklumat untuk dimuatkan dalam majalah.
  3. Menjalankan kerja proof reading
  4. Berhubung dengan syarikat penerbitan untuk menetapkan tarikh penghantaran dumy dan urusan percetakan.
  5. Mengedarkan majalah setelah siap dicetak.
 
Jawatankuasa Perkembangan Staf/e-SPLG/SPLKPM
  1. Merancang program pembangunan profesionalisme secara menyeluruh kepada setiap guru dan AKP.
  2. Melaksanakan program pembangunan profesionalisme secara menyeluruh kepada setiap guru dan AKP sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
  3. Menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan mengikut keperluan, mengambil kira perkembangan pendidikan /perkhidmatan semasa, secara menyeluruh dan berterusan.
 
Jawatankuasa Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2)
  1. Menyediakan bahan offline SKPMg2 standard 4
  2. Mengisi portal SKPMg2 untuk semua standard.
  3. Menyediakan jadual pencerapan PDPC SKPMg2.
 
Jawatankuasa Permuafakatan Strategik / Sarana
  1. Permuafakatan strategik diwujudkan untuk menyokong pembelajaran murid ke arah kecemerlangan dengan:
  2. Merancang program yang melibatkan ibubapa, komuniti dan pihak swasta ke arah kecemerlangan murid.
  3. Melaksanakan program yang melibatkan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta untuk kecemerlangan murid.
  4. Mendapatkan sumbangan/sokongan/khidmat kepakaran untuk kecemerlangan murid.
  5. Mewujudkan rangkaian komuniti.