Written by Admin on . Posted in Perkhidmatan.

Pengurusan Am

 Arahan Am ini merupakan arahan umum yang digunapakai oleh semua Guru dan Kakitangan SK Sri Wangi.

 
1.    Arahan Am
  • Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan
  • Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan
  • Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata
  • Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip- prinsip Perkhidmatan Cemerlang
  • Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara
  • Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas
  • Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di sekolah
  • Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas
 
2.   Kedatangan
  • Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah
  • Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah
  • Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan
  • Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan
  • Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan
 
3.   Keluar Waktu Mengajar
  • Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pelajaran Negeri/Gabungan/Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan
  • Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar
  • Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan
 
4.  Cuti
  • Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar
  • Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
  • Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari
  • Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun
 
5.   Senarai Tugas-tugas Guru
  • Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran Seterusnya menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negara tercapai
 
6.   Pakaian Guru
  • Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada hari Khamis dan Baju Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas 6/1995.
  • Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan
  • Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai
  • Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai
 
7.   Perhubungan Sesama Guru
  • Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan
  • Guru TIDAK dibenarkan  mempengaruhi  atau  memaksa  pandangan,  fahaman, pendapat, kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain
  • Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah
 
8.   Bilik Guru
  • Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru
  • Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara- perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja
  • Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak
 
9.    Perjawatan dan Pengajaran
  • Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar
  • Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar
 
10.  Tugas-tugas Lain
  • Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas-tugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab
  • Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar
 
11.   Buku Rekod Mengajar
  • Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap
  • Buku Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari KHAMIS untuk disemak dan ditandatangani oleh Pentadbir
  • Jika seseorang guru bercuti atau berkursus buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
  • Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disediakan dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu dan harian sebelum dihantar kepada Guru Besar untuk penyemakan.
 
12.  Jadual Waktu
  • Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri
  • Guru TIDAK dibenarkan  mengubah  atau  meminda  jadual  waktu  yang  telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan
 
13.  Jadual Kedatangan Murid
  • Setiap guru kelas diberi sebuah buku kedatangan Guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
  • Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada SETIAP hari oleh guru kelas pada WAKTU PERTAMA. Sekiranya guru darjah tidak hadir, Guru Pembantu kelas bertanggungjawab menandanya
  • Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis
  • Analisis pada jadual kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan HEM
 
14.  Keselamatan Harta Benda Sekolah
  • Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah
  • Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau perpustakaan
 
15.  Kebersihan
  • Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat
  • Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti bilik kaunseling, bengkel serta makmal bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut
  • Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan pelajar
 
16.  Surat Menyurat
  • Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan
  • Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap surat- surat tersebut.
 
17.   Pelawat
  • Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual- penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya
 
18.   Kegiatan Ko-Kurikulum
  • Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancang
 
19.   Perhimpunan Sekolah
  • Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Setiap guru akan diberi giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan Harian atau Pehimpunan Rasmi
  • Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan pada setiap minggu
  • Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, Lagu Sekolah dan Bacaan Ikrar Rukun Negara
 
20.  Mesyuarat Guru
  • Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan
  • Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua Panitia
 
21.   Tanda Nama
  • Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah
 
22.   Buku Stok / Inventori
  • Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan PdP.
  • Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan
  • Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik
  • Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta
  • Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan
 
23.  Arahan dan Pekeliling
  • Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
  • Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas
  • Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca difahami dan ditandatangani
 
24.  Telefon / Faksimili
  • Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan telefon disediakan untuk mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan panggilan dibuat
 
25.  PIBG & Majlis Sekolah
  • Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah
  • Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dibayar oleh guru
  • Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah
 
26.  Larangan Merokok
  • Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’.
  • Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap masa semasa berada di kawasan sekolah
 
27.  Guru Ganti (SIT-IN)
  • Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip UPSR atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu
  • Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas sebagai guru pengganti
  • Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas tersebut
 
28.  Menghukum / Mendenda Murid
  • Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan Etika Profesion Perguruan
  • Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau memukul dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah DILARANG.
  • Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan kebolehan murid semasa proses PnP dijalankan
 
29.   Program Jarak Jauh (PJJ)
  • Semua guru digalakkan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu demi kelangsungan pendidikan berkualiti. Namun demikian peranan sebagai pembentuk insan dan penjana ilmu di sekolah WAJIB diutamakan
  • Segala tugasan, aktiviti dan mentelaah nota-nota yang berkaitan dengan PJJ TIDAK DIBENARKAN berlangsung di sekolah atau di dalam kelas semasa proses PdP
 
30.   Hal-hal Lain
  • Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama
  • Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat pendidikan