Written by Admin on . Posted in Perkhidmatan.

Kokurikulum

 
Jawatankuasa Induk Ko-Kurikulum
 
Pengerusi
Wan Azli bin Wan Yusoff
Guru Besar
T/Pengerusi
Mohd Shafiq bin Che Noh
GPK Ko-Kurikulum
N/Pengerusi I
Mala Azian binti Hashim
GPK Pentadbiran
N/Pengerusi II
Nik Afifi bin Nik Daud
GPK Hal Ehwal Murid
N/Pengerusi III
Norazami binti Ibrahim
GPK Pendidikan Khas
SU Ko-ku
Ghashiah binti Mamat
 
SU Sukan / PSU Kokurikulum    
Rosni bin Mansor
Penyelaras Sukan & Permainan / Olahraga
Setiausaha
Nik Mashalizu bin Nik Mohamad
Pendidikan khas
AJK
Siti Meriam binti Derahman
Peny. Badan Beruniform
Masitah binti Anang
Peny.  Persatuan & Kelab
Mohd Isham Hazamy bin Awg Hamat
Pengakap
Aliza binti Inche Md Shamsuddin
PBSM
Fariza Hanum binti Yaacob
Puteri Islam
Norsyahidati binti Mohd Nasir
Tunas Puteri
Nik Azmira Haslinda binti Awang Hamat
TKRS
Aida Azira binti Ramle
Per. Bahasa Melayu
Siti Fatimah binti Abdullah
Per. B. Inggeris
Farrazadia binti Hamzah
Per. Sains & Matematik
Mohd Azli bin Abdullah
Per. Agama Islam
Hamidah binti Ibrahim
Kelab Sejarah & PSS
Nor Rela binti Othman
Doktor Muda
Rafi-Uddin bin Saad
Kelab Komputer
Saiidah binti Abdullah
Kelab SPBT
Muhamad Abdul Karim bin Mohamed Alih    
Kelab Rukun Negara
Haryati binti Che Hassan
Kelab Alam Sekitar
Mohd Fairu Adlie bin Mat Jusoh
Kelab Kebudayaan
Amir Syahir bin Ahmad Sukri
Bola Sepak
Siti Mariam bin Mohd Amin
Bola Jaring
Seripah Som binti Syed Ismail
Bola Baling
Siti Mariam binti Che Soh
Bola Tampar
Nur Hanuni binti Ibrahim
Permainan Catur
 
Penyelaras Ko-Kurikulum
 
  1. Menyelaras perjalanan aktiviti sukan, unit beruniform dan kelab/persatuan.
  2. Mengatur jadual aktiviti unit beruniform kelab/persatuan.
  3. Menyusun strategi, menyelia perjalanan aktiviti ko-kurikulum berjalan lancar.
  4. Memanggil mesyuarat unit kelab/persatuan dan unit uniform sekolah bila aktiviti besar hendak dilaksanakan.
Setiausaha Sukan
  1. Merancang aktiviti/program olahraga dan permainan sekolah
  2. Mengadakan jadual atau takwim sukan.
  3. Mengagihkan tugas-tugas bersangkutan dengan sukan di kalangan staf.
  4. Merancang keperluan/kewangan/kemudahan untuk sukan.
  5. Mengagihkan pelajar kepada pasukan rumah.
  6. Merancang pertandingan-pertandingan peringkat sekolah.
  7. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Teknik Sukan Sekolah.
  8. Mengurus penyertaan pasukan sekolah dalam pertandingan-pertandingan luar.
  9. Menyelaras Ujian Tenaga Asas iaitu SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan) dibawah bidang tugas Panitia PJK.

Jawatankuasa Kecil Badan Beruniform:

  1. Menjalankan aktiviti unit beruniform mengikut takwim yang telah dirancang: Perkhemahan Kokurikulum Perdana; Pertandingan Kawat Kaki dll
  2. Menyediakan dan melaksanakan program latihan aktiviti unit beruniform untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam memantau, merekod dan melaporkan penglibatan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti unit beruniform
  3. Sentiasa kemaskini data & maklumat sama ada dalam SSMS atau pemantauan Rumah Sukan

Jawatankuasa Kecil Persatuan & Kelab

  1. Memastikan mesyuarat agung diadakan untuk melantik AJK dan mengatur rancangan tahunan.
  2. Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan persatuan yang berkenaan.
  3. Memastikan rancangan dan aktiviti yang diatur selaras dengan objektif sekolah dan berjalan lancar.
  4. Mendaftarkan pasukan seragam (ahli baru) kepada badan induk.
  5. Bertanggungjawab memberi bimbingan, tunjuk ajar &galakan kepada ahli.
  6. Menyelaras kegiatan persatuan di sekolah.
  7. Menguruskan penyertaan ahli-ahli di peringkat daerah, negeri dengan baik.
  8. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang diadakan.
  9. Menandatangani buku laporan / kehadiran ko-kurikulum ahli.
  10. Bertanggungjawab memberi penilaian dan pencapaian ahli dan melengkapkan Buku Laporan Ko-kurikulum.
  11. Melengkapkan ruang papan kenyataan Ko-Kurikulum yang disediakan dari masa ke semasa.
  12. Memastikan laporan kegiatan tahunan serta penyata kewangan disampaikan kepada Guru Besar/PK Ko.
  13. Melengkapkan ruang papan kenyataan Ko-Kurikulum yang disediakan dari masa ke semasa.
  14. Memastikan laporan kegiatan tahunan serta penyata kewangan disampaikan kepada Guru Besar/PK Ko.

Guru penyelia Sukan & Permainan

  1. Memaju dan menguruskan permainan yang dipertanggungjawabkan mengikut arahan dari pihak atasan.
  2. Memilih pemain untuk pasukan serta menyusun jadual pertandingan.
  3. Memastkan peralatan dan pakaian pemain sentiasa cukup dan lengkap.
  4. Menjaga kebajikan pemain – makan minum, pakaian, keselamatan, kecederaan, pengangkutan dan keperluan lain.
  5. Menyediaan anggaran perbelanjaan setiap tahun.
  6. Mengiringi dan menjaga disiplin murid dalam satu-satu pertandingan.
  7. Mengatur program / aktiviti latihan pasukan bagi sepanjang tahun.
  8. Menubuhkan kelab sukan dan permainan mengikut jenis permainan.

Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah

  1. Menetap dan menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
  2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek / jangka panjang.
  3. Mengenalpasti TOV pada awal tahun dan merancang aktiviti sukan.
  4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
  5. Mengunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan di sekolah.
  6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
  7. Menambah kepakaran guru melalui kursus dalamam / luaran.
  8. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sukan bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelancaran pelaksanaan.

Jawatankuasa Kecil Rumah Sukan

Tugas Guru Ketua Rumah Sukan:

  1. Menyelaras semua kegiatan rumah sukan.
  2. Menyusun jadual bertugas.
  3. Memilih pemegang tugas dikalangan pelajar.
  4. Mewujudkan peraturan bagi rumah
  5. Menentukan kedatangan, penyertaan & latihan lancar di kalangan pelajar.
  6. Membentuk atau menyediakan wakil rumah yang berkesan dalam pertandingan antara rumah.
  7. Melantik AJK kecil mengikut keperluan semua ahli.
  8. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru & murid
  9. Membuat agihan tugas kepada semua ahli.
  10. Membentuk J/Kuasa rumah dikalangan murid dalam olahraga dan permainan.
  11. Menjalankan Mesyuarat agung rumah sukan.
  12. Menentukan guru rumah sebagai pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
  13. Memastikan guru sentiasa bersama murid semasa latihan / pertandingan.
  14. Sentiasa merujuk kepada setiausaha ko atau PK Ko jika ada masalah.
  15. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod/fail.
  16. Merekod dan melaporkan pencapaian murid kepada setiausaha ko dalam apa jua pertandinagn yang disertai.
  17. Memastikan papan kenyataan dilengkapkan & dikemaskini dari masa ke semasa.
  18. Menyemaikan semangat BOLEH dan kesukanan dikalangan murid.
  19. Menghantar laporan akhir tahun kepada su ko untuk rekod dan penilaian.

Tugas Guru Rumah Sukan

  1. Mengendalikan latihan rumah sukan pada hari yang ditetapkan.
  2. Guru wajib hadir dan menatat nama setiap kali latihan rumah sukan diadakan.
  3. Memilih, melatih pasukan olahraga/permainan utk pertandingan rumah sukan.
  4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah melalui ketua rumah sukan.
  5. Merekodkan kehadiran murid dan mengambil tindakan sepatutnya kepada murid yang tidak hadir tanpa sebab.
  6. Mengawasi keselamatan murid sewaktu latihan dan pertandingan.

Jawatankuasa Segak

  1. Mengadakan Ujian Tenaga Asas: (SEGAK)
  2. Penggunaan SEGAK sebagai satu bateri ujian kecerdasan fizikal yang standard berasaskan norma murid Malaysia
  3. Pembinaan norma ujian kecerdasan murid Malaysia, Tahun 4 hingga 6
  4. Tujuan: Murid sentiasa peka, berpengetahuan, mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal optimum.
  5. Lima Ujian Segak
  • Indeks Jisim Badan: BMI-for-Age
  • Naik Turun Bangku - Daya Tahan Kardiovaskular
  • Tekan Tubi - Kekuatan & daya tahan otot bahu & tangan
  • Rengkuk - Kekuatan & daya tahan otot abdominal
  • Jangkauan Melunjur / Fleksibiliti
  1. Ujian-ujian perlu diselesaikan pada hari yang sama.
  2. Ujian dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos