Written by Admin on . Posted in Hubungi Kami.

Soalan Lazim

 
A.  PENDAFTARAN TAHUN 1
 
 1. 
 
 
 
Bilakah pendaftaran murid ke Tahun 1 boleh dibuat?
Pendaftaran murid ke Tahun 1 boleh dibuat di sekolah mulai 1 Mac – 30 April setiap tahun bagi kanak-kanak yang telah mencapai umur 6 tahun.
 
 2.
 
 
 
 
 
 
 
 
Bagaimana hendak mendaftar anak ke Tahun 1?
- Sila layari laman sesawang https;//public.moe.gov.my
- Pendaftaran boleh dibuat untuk dua sesi kemasukan setiap tahun.
Contoh :
- Kanak-kanak yang dilahirkan pada 02 Januari 2010 sehingga 01 Januari 2010, boleh memohon kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi 2017.
- Kanak-kanak yang dilahirkan pada 02 Januari 2011 sehingga 01 Januari 2012, boleh memohon kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi 2018.
 
 3.
 
 
 
Bilakah saya boleh memohon ‘Bersekolah Awal'?
Permohonan akan dibuka mulai 01 Jun sehingga 30 Julai bagi tahun semasa.
Kelayakan adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 02 Januari sehingga 15 Januari sahaja
 
B.  PRASEKOLAH
 
 1. 
 
 
 
 
 
Apakah syarat kelayakan memohon prasekolah KPM?
- Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
- Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa
   (Bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).               
- Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
 
 2.
 
 
Bagaimanakah untuk memohon prasekolah KPM?
Sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my untuk maklumat lanjut
 
 3. 
 
 
 
 
 
 
 
PEMILIHAN MURID KE SBP ( SEKOLAH BERASRAMA PENUH)
Apakah syarat pemilihan murid Tingkatan 1 ke SBP? 
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
- Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Murid cemerlang akademik
- Murid aktif dalam kokurikulum.
 
C.  SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
 
 1.
 
 
Kelayakan  Penerima Skim Pinjaman Buku Teks
Dasar kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks adalah 100% kepada murid yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
 
 2.
 
 
Tatacara Murid Yang Berpindah Sekolah / Antara Negeri (Zon Yang Berbeza)
Murid dibenarkan membawa buku teks ke sekolah baharu.
 
 3.
 
 
Penerimaan Buku Lusuh
Laporkan kepada pengurusan SPBT sekolah untuk penggantian set buku teks yang lain.
 
 4.
 
 
 
 
 
Apakah Konsep Buku Teks?
- Penulisan buku teks adalah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) yang disediakan  oleh  Bahagian Pembangunan Kurikulum.
- Kandungan buku teks semasa adalah berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kandungan Buku Teks disusun sebegitu rupa untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.
 
 5.
 
 
 
Bagaimanakah murid boleh mendapatkan buku teks digital?
Murid boleh memuat turun buku teks digital melalui portal DELIMa di pautan: www.moe-dl.edu.my, atau guru boleh membantu memuat turun buku teks digital, mencetak serta mengedar mengikut tajuk yang diperlukan sahaja.
 
D.  RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN RMT
 
 6.
 
 
 
 
 
Apakah Kriteria Pemilihan Murid RMT
- Penerima bantuan RMT adalah murid-murid sekolah rendah warganegara Malaysia yang berikut:
- Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional (kategori miskin tegar).
- Murid yang berada di Sekolah Orang Asli/Penan (kecuali murid yang tinggal di asrama) dan Murid Berkeperluan Khas (OKU); dan
- Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT.
 
E.  KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR ( KWAPM)
 
 7.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Macam manakah Pemilihan Penerima KWAPM dibuat / Kriteria Kelayakan :
- Warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran. Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, penentuan taraf kewarganegaraan perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan. Bagi murid Orang Asli, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada JAKOA boleh diguna pakai.
- Murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
- KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH atau DMOA yang disahkan berada pada status Miskin atau Miskin Tegar sahaja.
- Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan KIRnya disahkan sebagai Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
- Pendapatan Isi Rumah untuk murid DSA adalah berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa.
- Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/Biasiswa Kerajaan Negeri/yayasan/swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM.
- Bagi murid berkeperluan khas/orang kelainan upaya (OKU) juga tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.
- Murid yang bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (menerima (PKSBP) Projek Khas SBP) atau sekolah yang tidak berada di bawah pentadbiran KPM tidak layak menerima bantuan KWAPM.
- Murid hanya layak menerima bantuan KWAPM di bawah satu (1) jenis data sahaja, walaupun nama murid tersenarai di dalam ketiga-tiga jenis data (e-KASIH, DMOA dan DSA).
 
 8. 
 
 
Bagaimanakah Kaedah penyaluran Wang KWAPM
- Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.
 
 Anda masih mempunyai pertanyaan?

Hantarkan Pertanyaan