Hal Ehwal Murid

 
CARTA HEM
 
Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid
 
Pengerusi
Mohd Khairull Azmi bin Mat Yusof
Guru Besar
T/Pengerusi
Nik Afifi bin Nik Daud
GPK Hal Ehwal Murid
N/Pengerusi I
Mala Azian binti Hashim
GPK Pentadbiran
N/Pengerusi II
Mohd Shafiq bin Che Noh
GPK Ko-Kurikulum
N/Pengerusi III          
Norazami binti Ibrahim
GPK Pendidikan Khas
Setiausaha
Ros Diana binti Yunoh
SU  Induk HEM
AJK
Mohd Isham Hazammy bin Awang           
S/U Disiplin
Zainoorina binti Zainal Abidin
SU Pengawas
Zuraini binti Yaccob
SU Bimbingan & Kaunseling
Norriza binti Mat Daud
SU Biasiswa /Kebajikan Murid
Mazidah binti Mohamed
SU RMTS
Siti Fatimah binti Abdullah
SU Kantin
Yusmawati binti Aris
SU SPBT/BOSS
Nor Madiha binti Ab Rahman
SU Pendaftaran / Pertukaran Murid
Tuan Kamaruzaman bin Tuan Junoh
SU Pencegahan Jenayah
Haryati binti Hassan
SU PPDa & I’M Free
Saiidah binti Abdullah
SU KWAPM/Bantuan
Norhasfiza binti Zainal
SU SUSU SEKOLAH
Irwani Hazlina binti Mohd Nawi
SU 3K
Siti Mariam binti Che Soh
SU Data Murid/APDM
Rosmawati binti Hanapi
SU Hem PPKI
 
Bidang Tugas:
  1. Menentukan dasar-dasar disiplin sekolah.
  2. Memutus / menjatuhi hukuman yang berkaitan dengan hukuman gantung / buang sekolah terhadap pelajar yang melakukan salah laku disiplin.
  3. Menyelaras kerja-kerja Unit HEM

Jawatankuasa Disiplin & Pengawas

  1. Membantu pentadbir sekolah menggubal peraturan/undang-undang sekolah.
  2. Mengambil tindakan ke atas pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
  • Menjaga ketenteraman sekolah daripada ancaman dari dalam dan luar sekolah.
  1. Menjadi penghubung di antara pihak sekolah dengan institusi luar seperti pihak polis dan jabatan kesihatan, unit dadah dan masyarakat.
  2. Memilih dan melantik pengawas.
  1. Membantu guru/pihak sekolah menguatkuasakan undang-undang sekolah.
  • Memastikan pengawas menjalankan tugas dengan sempurna & berkelakuan baik.
  • Mengatur jadual tugas pengawas
  • Di perhimpunan
  • Di kelas
  • Di kantin
  • Semasa guru bermesyuarat
  • Di pintu pagar
  1. Mengadakan mesyuarat/perjumpaan bulanan untuk pengawas
  2. Mengadakan pakaian seragam untuk pengawas
  3. Membuat pemeriksaan /pemantaun berterusan.

Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling

  1. Membantu murid-murid dan kakitangan yang menghadapi tekanan perasaan.
  2. Mengendalikan murid yang terlibat dengan kes pelanggaran disiplin.
  • Memberi bimbingan pelajaran kepada murid mengenai kemahiran belajar dan peluang melanjutkan pelajaran.
  1. Memberi maklumat kerjaya
  2. Menguruskan Sijil Penghargaan, Surat Akuan dan Sijil Tamat Sekolah.
  3. Merancang dan menyelaraskan perlaksanaan bimbingan dan kaunseling
  • Menyediakan laporan dan rekod bimbingan & kaunseling.
  • Melaksanakan program untuk membimbing murid-murid dalam menentukan kerjaya di masa hadapan.
  1. Merancang dan melaksanakan program kebajikan/orientasi murid-murid baru.
  2. Membantu menyediakan serta mengemaskinikan data yang berkaitan dengan murid seperti SMM, yatim piatu, miskin serta yang berkiatan (KWAMP).

Jawatankuasa Biasiswa & Kebajikan Murid

  1. Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan Sekolah.
  2. Mengenalpasti murid-murid yang benar-benar layak untuk menerima bantuan.
  • Menyediakan, mengedar, mengumpul borang permohonan dan membuat keputusan melalui mesyuarat.
  1. Mengeluarkan bantuan bentuk wang, pakaian, peralatan, makanan & lain-lain.
  2. Mengurus semua derma dari dalam dan luar dari masa ke semasa.
  3. Menyimpan rekod dan data pelajar yang berkaitan.
  • Menyusun dan mengurus aktiviti kesihatan sekolah
  • Mengurus bilik kesihatan sekolah dari segi prasarana & kegunaan pelajar.
  1. Menyelaras dan membantu pihak kesihatan yang datang ke sekolah untuk program kesihatan pelajar.
  2. Mengambil tindakan yang perlu membantu pelajar sakit /sebarang kecemasan.

Jawatankuasa RMTS / Susu Sekolah

  1. Menyelaras borang permohonan.
  2. Mengedarkan borang permohonan kepada semua murid melalui guru kelas.
  • Memungut borang yang telah dipenuhkan oleh penjaga murid.
  1. Memproses borang permohonan dan membuat pilihan serta menentukan murid yang layak menerima bantuan RMT dan Program Susu Sekolah.
  2. Menyediakan senarai murid yang layak berdasarkan borang permohonan dan menghantarnya ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk kelulusan.
  3. Menyediakan menu makanan berdasarkan menu cadangan dari JPN dan menentukan penyedia RMT mematuhi menu yang disediakan.
  • Menyediakan jadual guru bertugas mengawasi murid semasa makan pagi.
  • Menerima tuntutan dari penyedia makanan dan menyerahkannya kepada pejabat sekolah untuk dibuat bayaran.
  1. Menyediakan murid ganti
  2. Membuat laporan mengenai menu dan mutu makanan dalam buku/fail yang dikhaskan setiap hari.
  3. Menerima & menyemak bekalan susu yang dihantar oleh pihak Kementerian Pelajaran (pembekal) dari masa ke semasa.
  • Mengagihkan bekalan susu kepada murid-murid yang menerima RMTS.
  • Mempastikan susu yang dibekalkan mencukupi dengan bilangan murid berhak.
  • Memastikan bil difailkan untuk semakan pihak sekolah dan jabatan pelajaran

Jawatankuasa Kantin

  1. Menyampaikan maklumbalas dan nasihat dari pihak sekolah, pelajar, guru dan ibubapa kepada pengusaha kantin dari segi penggunaan.
  2. Menyelia bangunan kantin dari segi kebersihan, keindahan, keselesaan dan keselamatan.
  • Membantu Guru Besar dalam usaha-usaha perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan perjalanan kantin.
  1. Membantu Guru Besar dalam urusan harian kantin;
  • Menyelia kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan, tong sampah, kerusi meja dan dari segi kebersihan dan keselamatan.
  • Mempastikan semua perkakas untuk menyediakan, menyimpan dan menghidangkan makanan tidak berkarat, retak, serpih, kotor dan berfungsi.
  • Mempastikan semua kakitangan kantin yang diakui sihat oleh Jabatan Kesihatan sahaja dibenarkan bekerja di kantin.
  • Mengawasi kakitangan kantin supaya menjaga kebersihan diri mereka dan mengelakkan dari amalan-amalan yang boleh menyebabkan kekotoran atau pemcemaran bahan-bahan makanan dan minuman.
  • Mempastikan makanan yang dijual di kantin bersih, bermutu, berzat, harga berpatutan dan selamat untuk dimakan.
  • Mengawasi supaya semua makanan yang dijual kepada pelajar sekolah seboleh-bolehnya disediakan di kantin sekolah.
  • Mengawasi supaya pengusaha kantin mempastikan binatang-binatang peliharaan seperti kucing ayam, kambing, burung dan lain-lain tidak berada di kawasan kantin sepanjang masa.
  1. Menjalankan kegiatan-kegiatan pendidikan, kempen dan lain-lain berkaitan dengan kantin sekolah.
  2. Mengambil tindakan segera terhadap segala masalah yang timbul dengan kerjasama guru bertugas
  • Membuat penilaian keadaan kantin sekolah pada setiap hari dalam borang khas.

Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks / BOSS

  1. Menguruskan urusan yang berkaitan dengan SPBT seperti:
  2. Mengedar borang SPBT kepada semua pelajar melalui guru kelas.
  3. Menyemak borang SPBT bagi mempastikan ianya diisi dengan betul.
  4. Mengasingkan borang SPBT pelajar layak/tidak layak menerima pinjaman.
  5. Membuat penyiasatan jika maklumat yang diberikan diragui.
  6. Menyerahkan borang SPBT 1 kepada Jawatankuasa Buku Teks untuk pengesahan.
  7. Mengedar borang SPBT 1A kepada pelajar yang berkenaan.
  8. Menyediakan draf nama buku teks yang akan digunakan pada tahun akan datang bagi setiap tahun/darjah dengan menggunakan borang SPBT 2/4R.
  9. Memindahkan maklumat dalam borang SPBT 3/5.
  10. Menghantar salinan borang SPBT 2/4R, borang SPBT kepada JPN dan salinan ketiga untuk fail
  11. Jika berlaku pertambahan pelajar secara mendadak terpaksa membuat pesanan tambahan buku teks.
  12. Menerima dan menyemak buku-buku daripada pembekal:
  13. Mempastikan bilangannya mencukupi sebagaimana dalam borang penyerahan.
  14. Menyemak keadaan fizikal dan mutu buku seperti mutu kertas, kesalahan cetak, binding dll.
  15. Menyemak borang komputer bagi mempastikan buku-buku yang diterima sama seperti yang dipesan.
  16. Memasukkan ke dalam buku stok.
  17. Menyerahkan invoice kepada Guru Besar untuk ditandatangani kemudian dihantar satu salinan ke JPN.
  18. Mengecop dan menanda Nombor Kad dan bilangan siri semua buku.
  19. Membahagikan buku-buku teks kepada pelajar melalui guru kelas.
  • Pastikan guru kelas mengisikan borang G dan satu salinan hendaklah dipungut untuk simpanan sekolah.
  1. Mengawasi dan menjaga keselamatan buku seperti membuat pemeriksaan mengejut, menyelenggara penyimpanan dengan sempurna dan menjaga serta mengemaskinikan bilik SPBT.
  2. Menyediakan senarai buku teks bagi semua kelas yang akan digunakan oleh sekolah dan diedarkan kepada pelajar pada setiap akhir tahun dan satu salinan kepada JPN.
  3. Menjaga buku stok, borang-borang dan fail supaya berada dalam keadaan kemaskini dan selamat.
  • Mengurus pengagihan buku teks ke sekolah lain mengikut arahan BBT/JPN dan menyediakan borang untuk ditandatangani oleh sekolah penerima.
  • Memungut kembali buku-buku teks di akhir tahun:
  1. Menentukan tarikh pemulangan.
  2. Menyerahkan borang G kepada guru untuk ditandatangani oleh pelajar yang memulangkan buku.
  • Mengira buku-buku yang dipulangkan dan pastikan ianya cukup.
  1. Menyimpan buku mengikut siri.
  2. Sebarang kehilangan/kerosakan pastikan ianya diganti sama ada dengan buku atau wang.
  3. Menyenaraikan nama pelajar yang tidak mengembalikan buku berdasarkan borang G.
  • Menyediakan surat untuk ibubapa/penjaga bagi pelajar-pelajar yang gagal memulangkan buku.
  • Menyerahkan senarai nama pelajar yang tidak mengembalikan buku teks kepada Guru untuk tindakan lanjut seperti menahan keputusan peperiksaan atau menahan kemudahan pinjaman
  1. Membaiki buku-buku yang rosak seperti membuat kulit baru, binding dan menampal muka surat yang rosak.
  2. Menilai buku teks dengan memilih jenis-jenis buku yang diperakukan oleh BBT dan mengesyorkan judul-judul buku yang perlu diberi untuk rujukan di perpustakaan melalui ketua panatia dan mencadangkan buku-buku yang perlu ditukar mengikut syarat-syarat BBT JPN.
  3. Menyempurnakan proses untuk menghapuskira buku teks:
  4. Mengira jumlah buku yang terlibat.
  5. Mendapat persetujuan daripada jawatankuasa.
  6. Mengisi borang hapuskira untuk tindakan lanjut dengan JPN dan BBT.
  • Memahami dan meneliti semua pekeliling dan arahan-arahan berkaitan dengan SPBT untuk tindakan seterusnya.
  • Lain-lain tugas seperti yang terkandung dalam Buku Panduan Pengurusan SPBT

 

Jawatankuasa Pendaftaran & Pertukaran Murid

  1. Memastikan pelajar didaftar pada tarikh, masa, tempat dan jumlah yuran yang telah ditetapkan.
  2. Menyimpan rekod inventori jumlah pelajar.
  • Menyimpan maklumat pelajar dalam bentuk yang tersusun dan sistematik.
  1. Memastikan semua pelajar mempunyai nombor daftar masuk sekolah yang didaftar- kan dalam Buku Pendaftaran Agung.
  2. Menentukan menerima kad kemajuan dan kad 001 dari sekolah yang terdahulu jika pelajar baru.
  3. Bekerjasama dengan pengurus tingkatan untuk memastikan maklumat pelajar dimasukkan dalam jadual kedatangan.
  • Mencatat rumah sukan/ unit beruniform pelajar lama & baru dari SU sukan.
  • Menentukan borang SPBT, kad kemajuan pelajar dan kad 001 dihantar ke pejabat (pelajar keluar).
  1. Mengemaskini data pelajar bulanan untuk mendapat jumlah pelajar sebenar pada bila-bila masa dapat memberi data pelajar dengan cepat & tepat.

Jawatankuasa Pencegahan Jenayah

  1. Menyelaras, merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti Pencegahan Jenayah di peringkat sekolah.
  2. Mengawalselia perkembangan masalah jenayah di sekolah dengan mengumpul data dan segala maklumat terkini.
  • Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah termasuk guru dan pelajar.
  1. Menyebarkan maklumat Pencegahan jenayah kepada semua warga sekolah termasuklah mengedar buku-buku, risalah, CD dan lain-lain bahan elektronik.
  2. Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang terlibat dengan jenayah kecil.
  3. Menjalankan tugas yang diarah oleh Guru Besar dan PK HEM dari semasa ke semasa.

 

Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah & I’M Free

  1. Menyelaras, merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti pendidikan
  2. pencegahan dadah di peringkat sekolah.
  • Mengawalselia perkembangan masalah dadah semasa di sekolah dengan mengumpul data dan segala maklumat terkini dalam semua aspek tentang Pendidikan Pencegahan Dadah.
  1. Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah termasuk guru dan pelajar
  2. Menganjurkan kursus/seminar/bengkel dan lain-lain program/aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah untuk pelajar, guru, kakitangan & ibu bapa (PIBG)
  3. Mengesan dan menangani masalah dadah di kalangan warga sekolah.
  • Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang terlibat dengan dadah.
  • Bekerjasama erat dengan PPD, JPN, KPM dan agensi-agensi lain untuk menangani masalah dadah di sekolah.
  1. Menjalankan tugas yang diarah oleh pengetua dari semasa ke semasa.

 

Jawatankuasa KWAPM/ Bantuan Kewangan Murid

  1. Mengedar borang permohonan kepada semua murid yang layak untuk diproses.
  2. Menyenaraikan nama murid terlibat mengikut kelas dan mendapatkan no akaun bank untuk dimasukkan wang bila diterima peruntukan.
  • Mengenalpasti murid yang layak untuk bantuan e-kasih.
  1. Mengenalpasti murid cicir selepas bantuan diagihkan dan menguruskan permohonan susulan.

Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan (3K)

  1. Merancang program berkonsepkan kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
  2. Bekerjasama dengan kontraktor kebersihan dan keselamatan sekolah bagi mengendalikan sesuatu program yang dijalankan
  • Melaporkan sebarang masalah yang timbul untuk dibawa ke pihak PPD.

Jawatankuasa Data Murid / APDM

  1. Mengedarkan borang APDM semasa hari pendaftaran
  2. Mengemaskini dan mengasingkan borang APDM mengikut kelas
  • Memasukan data APDM mengikut kelas dengan bantuan guru kelas
  1. Mengemaskini data APDM dari masa ke semasa
  2. Memadamkan data pelajar yang bertukar
  3. Memasukkan data pelajar baru yg bertukar ke sekolah ini
  • Memastikan bilangan pelajar sama seperti dalam Buku Rekod kedatangan Murid
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  • Hits: 627
© Hak cipta terpelihara Sekolah Kebangsaan Sri Wangi.
18300 Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800