Sejarah

 
 
PENUBUHAN AWAL
 
Sekolah Kebangsaan Sri Wangi telah ditubuhkan pada tahun 1990, terdahulu dikenali dengan nama SK Gua Musang 2. Memulakan sesi persekolahanya pada sebelah petang dengan keramaian murid 847 orang dan guru seramai 30 orang.
BANGUNAN SIAP
 
Setelah dua tahun menumpang di SK Gua Musang, bermula 1 Disember 1992, satu tarikh bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Sri Wangi kerana telah mendapat bangunan sekolah sendiri dan telah berpindah secara keseluruhannya ke bangunan yang sedia ada sekarang.
 
 
 
PENJENAMAAN SEMULA
 
Berkuatkuasa pada 26 April 1993, penjenamaan semula sekolah telah dilaksanakan, dimana SK Gua Musang 2 telah ditukarkan kepada SK Sri Wangi. Idea pemilihan nama telah diilhamkan oleh Tuan Haji Sharif bin Mahmood, iaitu pengerusi PIBG SK Sri Wangi pada waktu itu. Nama baru ini telah dipersetujui sebulat suara oleh PIBG dan semua kakitangan sekolah. Pada masa itu Sekolah Kebangsaan Sri Wangi hanya mempunyai dua blok bangunan tiga tingkat, satu blok kantin dan satu blok Pendidikan Khas.
 
TAMBAHAN BANGUNAN PENTADBIRAN
 
Sekolah Kebangsaan Sri Wangi terus mengalami perubahan dengan bertambahnya bangunan empat tingkat yang mula diduduki pada tahun 2002. Pentadbiran sekolah juga telah berpindah dari bangunan lama ke bangunan baru.
 
 
TAMBAHAN BANGUNAN MAKMAL KOMPUTER
 
Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat (ICT) makmal komputer telah dibina dan pada tahun 2006. Sebanyak 10 unit komputer dibekalkan di tingkat atas dan 41 unit komputer di tingkat bawah.
TAMBAHAN BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS (PPKI)
 
Sekolah Kebangsaan Sri Wangi sekali lagi melangkah ke arah penyediaan prasarana yang terbaik untuk stakeholdernya. Pada penghujung tahun 2018, penyerahan blok baru pentadbiran Pendidikan Khas ini telah dilaksanakan dan mula diduduki pada Januari 2019
TAMBAHAN DEWAN TERBUKA (ANJUNG SKeSWa)
 
Seiring dengan pertambahan murid yang begitu mendadak ke SK Sri Wangi, keperluan dewan yang besar agak mendesak. Pada pertengahan tahun 2019, pembinaan dewan ini telah siap sepenuhnya dan mula digunakan untuk aktiviti luar bilik darjah pada Julai 2019.
 
 
Bersama-sama dengan perubahan infrastruktur yang semakin baik ini, Sekolah Kebangsaan Sri Wangi terus berkembang maju dari segi pencapaian akademik dan juga bidang ko-kurikulum, sehingga sekarang. Semoga Sekolah Kebangsaan Sri Wangi terus berkembang pesat, memajukan sahsiah diri generasi muda dan melahirkan generasi masa depan negara dengan lebih gemilang.
 
 
MANTAN GURU BESAR YANG MENERAJUI SK SRI WANGI
 
 1.    1 Ismail bin Ibrahim

   

 

 

Ismail bin Ibrahim
(01.12.1992 - 30.11.1994)               
7.     7 Muhamad Che Ya    
Muhamad Che Ya bin Ismail
(01.03.2006 - 28.02.2008)
 2.    2 Zurita binti Yusoff

 

 

 

Zurita binti Yusoff
(01.12.1994 - 01.10.1996)
8.   8 Remlah binti Mohamad  
Hajah Remlah binti Mohamad
(01.03.2008 - 31.01.2011)
 3.    3 Hj Abd Rahman bin Hassan

 

 

 

Tuan Haji Abd. Rahman bin Hassan                     
(01.01.1997 - 31.08.1998)
9.   9 Nasir bin Musa  
Nasir bin Musa
(01.02.2011 - 22.10.2015)
 4.    4 Ab Ghani Hisyam bin Abdullah

 

 

 

Ab. Ghani Hisyam bin Abdullah 
(01.09.1998 - 30.12.2000)
10.    10 Jamal Salleh bin Abdullah Thani      
Jamal @ Salleh bin Abdullah Thani       
(23.10.2015 - 01.09.2016)
 5.    5 Mohd Ariffin bin Mohd Nawi

 

 

 

Haji Mohd Ariffin bin Mohd Nawi
(31.12.2000 - 30.12.2003)
11.   11 Azmi bin Abdullah  
Azmi bin Abdullah
(16.12.2016 - 16.11.2017)
 6.    6 Mohd Samsudin bin Ali

 

 

    

Mohd Samsudin bin Ali
(31.12.2003 - 28.02.2006)
12.   12. Zainuddin Mamat  
Zainuddin bin Mamat
(16.11.2017 - 15.11.2018)    
 
 
 
 
  • Hits: 507
© Hak cipta terpelihara Sekolah Kebangsaan Sri Wangi.
18300 Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800