Perutusan

Perutusan Guru Besar


 

 Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Bersyukur kehadrat Ilahi di atas keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Team ICT dan Pasukan Web SKeSWa yang telah bertungkus lumus dalam membangun dan mengemaskini Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Sri Wangi, di mana ia merupakan salah satu saluran perhubungan di antara pihak sekolah dengan warga pendidik dan orang awam.

 

Dalam menempuh era globalisasi dan digital kini, kita perlulah memperkasakan diri dengan pelbagai maklumat yang berguna demi menempuh cabaran yang mendatang. Oleh yang demikian, penggunaan ICT merupakan satu kemestian dalam melengkapkan diri dan memperkemaskan serta melonjakkan sistem penyampaian kerajaan supaya lebih cekap dan berkesan. Selain itu, ia juga dapat memupuk budaya ICT dalam sektor pendidikan di negeri ini.

 

Laman web rasmi ini merupakan saluran komunikasi yang penting dalam menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada pengguna kerana ianya dapat dicapai walau di mana jua tanpa mengira had masa. Selain itu, saya berharap laman web ini dapat menyediakan semua maklumat yang tepat dan terkini bagi memenuhi kehendak warga pendidik, ibu bapa, pelajar dan juga orang awam.

Dengan ini, saya berharap melalui penggunaan perkhidmatan ini, Sekolah Kebangsaan Sri Wangi dapat bersama menyumbang ke arah mewujudkan penyaluran maklumat yang diperlukan oleh warga pendidik dan orang awam, selaras dengan kemajuan Negara kita yang semakin pesat membangun. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan yang membina daripada semua pihak dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dalam laman web ini.

Sekian, terima kasih.

 

“Keep Moving Towards Success”

 

ENCIK MOHD KHAIRULLAZMI BIN MAT YUSOFF
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sri Wangi
Gua Musang, Kelantan Darul Naim

  • Hits: 541
© Hak cipta terpelihara Sekolah Kebangsaan Sri Wangi.
18300 Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800