Logo dan Bendera Sekolah

 KONSEP LOGO

 

Terletak di tengah-tengah bendera serta meliputi keseluruhan warna yang terdapat pada bendera. Ini melambangkan hasrat sekolah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis mencakupi semua aspek kehidupan di dunia dan akhirat seiring dengan motonya “Berilmu, Berbakti”.
 
 
KONSEP BENDERA
 

Bendera SKSW dihasilkan dengan memaparkan kombinasi 5 warna utama; biru, kuning, putih, hijau dan merah. Lima warna tersebut melambangkan lima kumpulan; Guru, Staf Sokongan, Ibu bapa, Pelajar dan Komuniti yang saling berganding bahu untuk menjayakan matlamat dan wawasan sekolah.

Saiz Bendera

Saiz bendera ini ialah 160 cm panjang dan 75 cm lebar manakala jejari bulatan lencana ialah 15 cm.

Konsep Dan Maksud Bendera

Warna Biru : Kedudukannya di atas sekali melambangkan permuafakatan dan perpaduan di kalangan warga sekolah untuk merealisasikan matlamat dan wawasan sekolah.

Warna Kuning : Kedudukannya di tengah melambangkan ketaatan dan kepatuhan semua warga sekolah kepada raja dan negara serta undang-undang.

Warna Putih : Kedudukannya di tengah juga melambangkan kesucian perjuangan pelajar untuk menaikkan imej sekolah sama ada dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum berdasarkan prinsip Rukun Negara.

Warna Hijau : Melambangkan kedamaian dan keharmonian sesuai dengan kedudukan sekolah di persekitaran Menghijau.

Warna Merah : Kedudukannya di bawah sekali melambangkan semua warga sekolah menampilkan sifat berani, yakin dan gigih dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.

  • Hits: 441
© Hak cipta terpelihara Sekolah Kebangsaan Sri Wangi.
18300 Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800